Latest Updates :

Calon bebas Parlimen Pulai dilanggar kereta ketika berkempen

SHARE THIS POST :
JOHOR BAHRU - Calon bebas kerusi Parlimen Pulai, Yap Keng Tak cedera selepas dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Indah 5/13, Taman Bukit Indah di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 malam ketika Keng Tak, 59, sedang berjalan melintas simpang ke Kuil Sri Maha Mariyaman Bukit Indah untuk mengedar risalah kempen bersama lima pengikutnya.       


"Keadaan mangsa (Keng Tak) setakat ini tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.       

Noor Hashim berkata, tempat kejadian merupakan simpang tiga dan berlampu jalan, namun Keng Tak tidak memakai baju pantulan cahaya serta tidak menggunakan laluan pejalan kaki.       

Katanya, pemandu kereta jenis Perodua Myvi berkenaan yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun dan beralamat di Taman Cempaka, di sini  tidak cedera. - Bernama    

SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL

SHARE THIS POST :

MB

 
Support : Mas Template
Copyright © 2017. NepalUsakhabarsangam
Proudly powered by Blogger